Drebar baru kereta sewa (New Taxi Driver)
Wednesday
Kejadian ini terjadi pada malam Jumaat yang lalu. Namanya, Fasha. Kerana terlalu sibuk dan banyak kerja yang harus dibuat dan disiapkan dalam minggu ini maka, Fasha harus bekerja sampai larut malam di ofis. Ketika ingin pulang Susi menahan teksi untuk mengantarnya pulang.
Fasha: "Kampung Sungai Ramal Dalam ya Pak
cik"
Pak cik kereta sewa itu hanya menggangguk, didalam
perjalanan ke Kampung Sungai Ramal Dalam tidak terjadi percakapan antara Fasha
dan Pak cik kereta sewa, mungkin Fasha merasa kepenatan kerna bekerja sampai
larut malam. 20 minit lamanya keheningan terjadi, tiba-tiba Fasha teringat
bahawa duit yang dibawanya tidak cukup untuk membayar tambang kereta sewa.
Fasha lalu menepuk bahu belakang Pak cik kereta sewa dengan maksud untuk
memberitahu supaya berhenti di kedai minyak didepan untuk mengambil duit di
ATM.
Tapi tiba2 setelah bahu belakangnya ditepuk oleh
Fasha, Pak cik kereta sewa itu secara membabi buta memusing stering kereta
sewanya ke kanan kemudian ke kiri sambil berteriak bagai kan orang kena
histeria, sampai akhirnya kereta sewa itu merempuh tembok penghadang jalan.
Nasib baik Fasha dan Pak cik kereta sewa tidak mengalami luka parah.
Pak cik kereta sewa itu kemudian meminta maaf kepada
Fasha.
Pakcik: "Maaf ya cik, cik tak apa-apa ya?
Kenapa di tepuk bahu saya cik, terkejut setengah mati saya cik!!
Fasha: "Laa, takkan ditepuk bahunya aja
sudah terkejut!!
Pakcik: "Sebab hari ini hari pertama saya
jadi drebar kereta sewa, cik
Fasha: "Habis tu sebelum ni apa pekerjaan
pakcik?
Pakcik: "Selama 20 tahun saya jadi Drebar
Kereta Mayat...
Fasha: "patutla...."
....................................



0 comments: