Baca Doa Dulu - Pak Pandir
Wednesday
Di suatu malam yang hening... Pak pandir dan bininya sedang mendengar ceramah agama dari surau yg berdekatan dengan rumah mereka. Antara ceramahnya adalah membaca doa sebelum makan.
" Ya tuan-tuan sebelum makan hendaklah kita
membaca doa dahulu, ini adalah kerana syaitan akan makan makanan kita dan
membuatkan kita makan tak kenyang-kenyang...." kata ustaz itu.
Lalu pak pandir ni pun baliklah bersama bininya malam
tue. Semasa sedang makan malam tu, pak pandir tiba-tiba bangun dan meluru ke
tandas berkali-kali. Tak cukup dengan tu, tidur malam tu pulak pak pandir nie
asyik terkentuuooot memanjang.
Bininya tak tahan, maka tanyalah bininya kepada Pak
Pandir, "Awak makan apa sampai jadi camni?". "Tadi aku
makan julap tak baca doa, biar padan muka syaitan tu.... berak-berak makan
julap....muahahahahahaha!!!!!
Sesungguhnya... niat pak pandir memang suci...
...........................................................................
0 comments: