• Home
  • Pantun Raya

    Monday

    Penat sungguh membuat sekaya,
    Tepung pelita tolong hidangkan,
    Merdu sungguh takbir raya,
    Marilah kita ke rumah Tuhan.

    Pasang pelita belakang almari,
    Janganlah lupa memasang tangkalnya,
    Sambil kita memuji Ilahi,
    Panjatkan doa pada yang tiada.

    Makan akak bersama toyol,
    Buah pala di panah petir,
    Bila memasak kuih dan dodol,
    Jangan pula kita membazir,

    Kuih raya banyak jenisnya,
    Silap cekau perut merana,
    Jangan hanya bersalam saja,
    Duit dan angpau turutlah serta.

    Budak-budak main mercun,
    Jangan sampai terbakar tangan,
    Di Aidilfitri kita berhimpun,
    Hulurkan tangan meminta ampun.

    Anak zirafah dimakan buaya,
    Buaya Tain makan kelapa,
    Bila makan juadah raya,
    Yang miskin jangan dilupa.

    Ayam togel masak lemang,
    Itik serati masak ketupat,
    Hari raya hampir menjelang,
    Kunjung-mengunjung menjadi adat.

    Air cuka tumpah dianjung,
    Anak sembilang buat hiasan,
    Rumah terbuka mari berkunjung,
    Makanan terhidang tolong habiskan.

    Buah kedudu dibuat tepung,
    Untuk berjimat di hari raya,
    Bila memandu pulang ke kampung,
    Sentiasa berhemat di jalan raya.

    Sudah tiba Hari Raya,
    Setelah kita sebulan berpuasa,
    Hari Raya di sambut gembira,
    Jangan pula ada yang berduka.

    Pagi raya semua gembira,
    Berjalan bersama rakan dan taulan,
    Ketika enak menjamu selera,
    Orang yang tiada jangan dilupakan.

    Makan roti cicah kelapa,
    Kelapa di beli dari buana,
    Resah di hati gundah gulana,
    Duit kami bagaimana?

    Anak gorila gagah perkasa,
    Amat terkenal di Kampung Sentosa,
    Maaf andai terkasar bahasa,
    Kami ucapkan Selamat Hari Raya.

    Pohon saga juntainya berayun,
    Dibuat galah mengait timba,
    Timba berada  di dalam paya,
    Warga Seri Geliga memohon ampun,
    Silap dan salah jangan dicela,
    Moga berbahagia di Hari Raya.

    Saturday
    DOA - Tatkala Mengalami Kesedihan

    tanya pada siapa

    Friday

    putus.............

    Bencana Lidah


    Lisan atau lidah manusia memang gemar membuat janji, tetapi seringkali pula jiwa tidak ingin menepati janji yang dibuat oleh lisan tadi. Maka dengan itu jadilah janjinya bohong atau janji yang dimungkiri. Itu adalah tanda-tanda adanya sifat nifaq pada orang itu.

    Allah telah berfirman:
    "Wahai orang-orang yang beriman tepatilah janji-janji." (Surah l-Maidah : 1)

    Pak Pandir naik kapal terbang kali ke 2

    Wednesday

    Alkisahnya..
    hebohlah satu kampung..
    Pak Pandir mendapat tiket kapal terbang untuk menjadi tetamu Kieran dlm pagi di era.. ,
    walaupun hanya kelas ekonomi..
    tapi bagi pak pandir..
    itu sudah cukup mengembirakanya..
    dipendekkan cerita..
    hari dijanji telah tiba..
    pak pandir pun sudah menunggu seawal subuh di lapangan terbang..
    kapal terbang sampai..
    pak pandir pun naiklah..
    masuk jer kapal terbang.. pak pandir terus ambik tempat.
    sebelum kapal terbang berlepas..
    pramugari pun memeriksa penumpang supaya semua duduk ditempat masing masing dan bersedia untuk berlepas..
    sekali pramugari nampak pak pandir duduk kat kerusi bisnes klass.. setahu dia.. tak ada penumpang bisnes klass hari tu..
    dengan budi bahasa pramugari tu tegur.
    “Pak cik, pakcik tak boleh duduk kat sini.. boleh pak cik pindah duduk dibelakang..”
    “eh.. bagus sungguh orang kapal terbang nii (pramugari).. takpalah nak.. pak cik selesa dah kat sini..”
    *mana tak selesanya.. bisnes klass..
    mati akal pramugari tu.. semua pramugari dan pramugara (kecuali yang terlampau) datang silih ganti..
    sakit kepala..
    pilot yang menunggu lama nak berlepas..
    bengong kenapa masih belum ada isyarat kata ok dari ketua pramugari..
    dia pun keluar tengok..
    pramugari sorang tu cerita..
    pilot tu pun pi lah kat pak pandir..
    “pak cik.. boleh tengok tiket?”
    pak pandir kasi tiket..
    “oo.. pak cik nak pi KL yer pak cik?”
    “yer nak… ”
    “taapi pak cik.. kerusi nii pi johor bahru pakcik.., kerusi belakang baru pi KL!”
    “yerker nak.. nasib baiklah anak bagitau..”

    Pak Pandir minta cuti


    Pak Pandir yang bekerja di sebuah kilang sebagai pengawal keselamatan berjumpa dengan manager minta cuti …
    “Tuan saya mahu minta cuti seminggu balik kampung, ada urusan keluarga. Bolehkah?
    Jawab manager : “Cuti seminggu …oklah, saya bagi cuti seminggu.
    Selepas 14 hari, baru Pak Pandir balik bertugas.
    Tanya si manager : “Kenapa dua minggu cuti?”
    Jawab Pak Pandir : “Saya minta seminggu cuti. Tuan bagi seminggu cuti. Jadi dua minggulah …

    Pak Pandir beli TV


    Pak Pandir ingin membeli tv warna. Dia pun ke kedai..
    Pak Pandir : Awak ada jual tv warna?
    Penjual : Ada.
    Pak Pandir : Kasi saya tv warna hijau……

    Pak Pandir naik kapal terbang


    Pak Pandir menyatakan hasrat di hatinya kepada cucu tersayangnya. “Cu… Atok teringin sangat nak merasa naik kapalterbang”. “Baiklah.. Tok. Satu hari nanti kita naik kapalterbang bersama”, kata cucu Pak Pandir. Maka pada suatu hari, cucu kesayangan Pak Pandir tadi pergi booking tiket. Hari yang ditunggu pun tiba.
    Pak Pandir bersama cucu kesayangannya menaiki kapalterbang untuk ke negara jiran… yang terhampir iaitu Singapore. Sewaktu di dalam kapalterbang, air-cond tidak berfungsi dengan betulnya dan keadaan menjadi panas.
    Pak Pandir berasa panas tetapi dia tidak menyatakan pada cucunya. Selepas 40 minit berada di dalam kapalterbang, maka mendaratlah kapalterbang tersebut di Changi. Pak Pandir dan cucunya pun turunlah. Dalam hati Pak Pandir berkata “Patutlah panas dalam kapalterbang tadi, rupanya kipas di luar…”.

    Pak Pandir Hantar Ayam


    Pada suatu hari ada seorang lelaki kaya ingin mengadakan kenduri untuk anaknya. Lantas dia ke bandar untuk membeli ayam di kedai Pak Agus.
    Lelaki kaya: Saya ingin memesan 100 ekor ayam untuk esok, ini alamat saya.(lalu memberikan kadnya).
    Pak Agus: Baik tuan, saya akan suruh anak buah saya hantar ayam-ayam tu ke rumah tuan.
    Selepas itu, Pak Agus memanggil anak buahnya yang bernama Pak Pandir dan memberikan arahan..
    Pak Agus: Pandir, esok engkau hantarkan 100 ekor ayam ke alamat ini (sambil memberikan kad lelaki kaya tadi).
    Pak Pandir: No problem.
    Esoknya Pak Pandir pun pergi menghantar 100 ekor ayam tersebut. Lima puluh ekor diletakkan di sebelah kanan motosikalnya, 50 ekor lagi di sebelah kiri. Malangnya, di tengah perjalanan motosikal Pak Pandir terlanggar lubang dan… BBUAAKK!!!dia terjatuh dari motornya.
    Ayam-ayam yang dibawanya terjatuh dan lari bertempiaran. Orang ramai datang untuk melihat keadaan Pak Pandir. Tetapi Pak Pandir tidak apa-apa, malah ketawa terbahak-bahak. Seorang pemuda bertanya kepada Pak Pandir..
    Pemuda: Bang..abang tak apa-apa ke?
    Pak Pandir: Ha.. ha… ha…ketawa sambil pegang perut!
    Pemuda: Bang, kenapa bang?
    Pak Pandir: Hahaha.. budoh punya ayam, engkau nak lari ke mana?Alamat ko kan ada pada aku! Hahahahaa..

    Pak Pandir ke kebun getah

    Seperti biasa Pak Pandir hendak pergi memotong getah.
    Mak Andeh akan menyediakan peralatan Pak Pandir. Pak
    Pandir pun pergilah nak memotong getah.
    “Hati-hati ya bang semasa tepi jalan besar tu nanti!”
    pesan Mak Andeh.
    Pak Pandir akan berjalan kaki melalui sebuah jalanraya
    untuk sampai di kebun getahnya. Semasa Pak Pandir berjalan
    di tepi jalanraya besar tersebut, ada sebuah papan tanda
    yang baru dipasang betul-betul di depan kebunnya.
    Selepas dia membaca papan tanda tersebut, dia pun pulang hampa.
    Mak Andeh heran Pak Pandir pulang semula ke rumah lalu bertanya,
    “Kenapa Bang?”
    Pak Pandir pun menjawab, “Sejak bila la kerajaan tak bagi
    kita memotong getah. Diletaknya papan tanda besar di tepi
    jalan depan kebun kita tu papan tanda ‘DILARANG MEMOTONG’.”

    Pak Pandir dgn ikan haruan


    Pada suatu hari Pak Pandir membeli beberapa ekor ikan haruan di pasar borong selayang. Apabila pulang ke rumah dia Mak Andeh menyiang ikan tersebut. Ketika sedang menyiang……..
    Mak Andih: Oii bapaknya! Mcmmana nak siang ikan ni? Hidup lagi nih.
    Pak Pandir: Apa susahnya tu??
    Mak Andih: Nak ketuk kepala ikan sadis plak.
    Pak Pandir: Tu pun nak kecoh ke? Rendam saja dalam air bagi ikan tu lemas. Sekejap lagi mati ler??
    Mak Andih:???

    Pak Pandir dengan hartanya


    Pak Pandir adalah seorang anak yang baru saja mendapatkan harta warisan setelah ayahnya meninggal. Tetapi ia bingung di manakah ia perlu simpan wang tersebut. Hendak simpan di bank takut kalau-kalau banknya bangkrup. Diletak dibawah bantal, nanti diambil pencuri.
    Setelah berfikir cukup lama, akhirnya dia mendapat idea, dia menanam wang itu dibelakang rumahnya, lalu memasang papan peringatan dengan tulisan yang sangat besar “TIDAK ADA WANG DISINI!”. Ternyata temannya Pak Pandir yang bernama Si Luncai melihat apa yang dilakukan Pandir.
    Setelah lewat tengah malam, Luncai pun menggali tanah itu untuk mengambil wang tesebut. Setelah ia mendapatkan wang itu dan supaya tidak dicurigai, maka Luncai mengganti tulisan yang ditulis Pandir dengan ayat “BUKAN LUNCAI YANG AMBIL!”.

    wasiat nenek

    Nenek Ani dirawat di hospital. Menurut doktornya, asmanya sudah semakin teruk hingga perlu dipasangkan salur oksigen. Sudah beberapa hari dia tidak bercakap dan seperti orang koma. Dikira sudah menjelang ajal, anaknya memangilkan seorang imam agar di doakan neneknya. Sedang asyik imam berdoa, tiba-tiba muka nenek Ani bertukar warna biru seolah-olah tidak boleh bernafas. Tangannya menggigil. Dengan menggunakan bahasa isyarat nenek Ani minta diambilkan kertas dan alat tulis. Sisa-sisa tenaga yang ada digunakan oleh nenek Ani untuk menulis sesuatu dan memberi kertas tersebut kepada pak imam. Sambil terus berdoa pak imam langsung menyimpan kertas tersebut tanpa membacanya kerana fikirannya dia tidak sanggup membaca surat wasiat tersebut didepan Ani. Tak lama kemudian nenek Ani meninggal dunia. Pada hari ketujuh meninggalnya nenek Ani, pak imam diundang untuk datang kerumah Ani. Selesai memimpin do'a, pak imam berbicara, "Saudara-saudara sekalian, ini ada surat wasiat dari almarhum nenek Ani yang belum sempat saya sampaikan, yang saya pasti nasihat untuk anak cucunya semua. Mari kita sama-sama membaca suratnya". pak imam membaca surat tersebut, yang ternyata berbunyi : "imam jangan berdiri di situ...! Jangan pijak saluran oksigen aku..!"

    DOKTOR DENGAN PAK PANDIR

    Tuesday
    Di sebuah klinik yang terletak berhampiran sebuah kampung...

    Doktor : Awak nampak tak sihat? (sambil mengambil stetoskop)

    Pak Pandir : Pening kepala, sakit dada….. doktor.

    Doktor : Aaa…. suhu badan awak tinggi, ambil ubat ni… makan 2 sudu, 3 kali sehari.

    Pak Pandir : Terima kasih.

    Seminggu kemudian…..

    Doktor : Eh, kamu lagi? Apa pulak masalah awak?

    Pak Pandir : pening kepala,…. sakit dada hilang dah…. TAPI sakit perut pulak….(sambil mengerang…)

    Doktor : Ubat yang saya bagi hari itu dah habis makan? Pahit ke?

    Pak Pandir : Saya makan habis dah ubat tu, tak ada masalah…… cuma, SUDDDU doktor…….

    Doktor : Kenapa dengan sudu?

    Pak Pandir : (dengan selamba) …. keras sikit ….. doktor!

    Doktor : ???????

    Saturday
    welcome

    **HO HO HOoO**


    Tanya sama iman, apa sebab goyang? Nanti jawab iman, ujian yang goncang.. Tanya sama ujian apa sebab kencang? Nanti jawab ujian, tanyalah aqal.. Aqal nanti kata, aku kandung ilmu. Sampai tempat perlu, aku pun seru.. Tengok dalam hati, nampak tempat gelap, campak nur hidayah, gelap pun hilang..