• Home
  • kisah budin

    Monday

    Budin seorang yang amat benci pada kucing, entah apa silap yang telah
    dibuat oleh kucing padanya tiada siapa yang tahu.
    Walaupun begitu, jodoh pertemuan sememangnya ketentuan Ilahi, Budin bertemu
    jodoh dengan Gayah yang sememangnya amat suka dan cinta pada kucing. Bukan
    itu sahaja, sebelum berkahwin dengan Budin, Gayah sudah sedia ada membela
    seekor kucing siam.
    Maka dari hari ke hari, bertambah benci dan meluatlah Budin pada kucing
    terutama si Tompok, kucing siam peliharaan isterinya. Apa tidaknya, Gayah
    lebih memberi tumpuan kepada si Tompok dalam kehidupan sehari-hariannya.
    Hal ini membuatkan Budin beranggapan, Gayah lebih sayang si Tompok
    berbanding dengan dirinya.
    Akibat tidak mahu terus tertekan dengan keadaan ini, Budin membuat
    rancangan untuk mengusir si Tompok dari hidupnya dan hidup isterinya,
    Gayah. Maka, bermulalah dengan rancangan jahat Budin.
    Pucuk dicita ulam yang mendatang, ketika isterinya sedang asyik mandi ,
    Budin dengan tanpa segan silunya telah menangkap si Tompok, disumbat dalam
    karung beras Mehsuri. Tanpa berlengah terus merempit motor kapcainya
    sehingga jauh dari rumahnya , lebih kurang 10 km lalu dihumbanlah si Tompok
    tanpa belas kasihan. Dengan hati gembira, baliklah dia ke rumah dengan
    siulan mengikut rentak lagu Cindai nyanyian Siti Nurhaliza.
    Tapi, kegembiraan hanyalah sementara bila tiba di rumah si Tompok dengan
    sombong bongkaknya melanggok depan pintu lagaknya menyambut kepulangan
    Budin. Sakitnya hati Budin tak dapat digambarkan.
    Besoknya, Budin meneruskan rancangan jahatnya. Kali ini lebih jauh dibawa
    si Tompok, 20 km dari rumahnya. Tetapi seperti semalam Tompok berjaya
    mendahuluinya pulang ke rumah. Budin tidak putus asa begitu sahaja,
    alang-alang peluk pekasam, biar habis basah sampai ke pangkal lenggan.
    Maka nekadlah Budin, kali ini dia bukan sahaja hendak buang Tompok lagi
    jauh tapi dibawanya Tompok pusing-pusing dahulu. Habis semual jalan
    ditempuh, sekijap ke kiri, sikijap ke kanan, yang lurus, yang bengkok,
    segala kona, segala selekoh habis dirempitnya dan akhirnya si Tompok
    dibuang begitu sahaja.
    Selang berapa minit kemudian, Budin menelefon Gayah.

    Budin : Ayang, Tompok ada kat dalam rumah tak, tanya Budin dengan penuh
    suspen lagi berdebar-debar…
    Gayah : Ada, ada dekat depan pintu tu ha, Kenapa? tanya Gayah keheranan.
    Budin : Panggil dia! herdik Budin dengan nada yang tinggi…
    Gayah : Kenapa? tanya Gayah lagi.
    Budin. Aku nak tanya dia, bagaimana nak balik ke rumah. Aku sesat ni

    0 comments:

    Post a Comment