Surat Untuk Ayah
Wednesday
Seorang mahasiswa semester akhir menulis surat kepada ayahnya:
Ayah,
Saya merasa tidak selesa kerana terus menerus menulis
surat kepada ayah untuk meminta wang. Saya merasa malu dan sedih. Saya ingin
meminta wang sebanyak Rm1000 dari ayah, walaupun setiap bahagian tubuh saya
memberontak. Saya meminta dengan tulus dari hati saya yang paling dalam, ayah
maafkan saya.
Salam dari anakanda, Sarip.
p/sSaya merasa berat hati untuk mengirimkan surat ini,
jadi saya cuba untuk mengejar posmen yang mengambil surat ini dari dalam peti
surat. Saya ingin mengambil kembali surat ini dan membakarnya, kerana surat ini
pasti menyusahkan hati ayah. Saya berdoa dalam hati agar saya dapat semula
surat ini, tapi sudah terlambat.
Beberapa hari kemudian dia menerima balasan surat dari
ayahnya yang mengandungi ayat yang ringkas,
Untuk Sarip,
"Nak, doamu sudah dimakbulkan. Suratmu tidak
pernah ayah terima"
...............
0 comments: