• Home
  • najis besar punya ceriter!!!

    Monday

    Pada cuti hari minggu yang lalu, aku menghadiri Satu Majlis akad nikah
    kawan pada kawan ku. Waktu tu aku bercuti dikampung dia. Jadi bila
    ada kenduri macam tu dia pun pergi dan ajak aku sekali. Aku pun ikut
    sama. Masa tu majlis akad nikah tu dijalankan diruang tamu. Ramai orang aku
    tengok, sambil duduk bersila mengelilingi tok kadi dan pengantin lelaki.
    Dahsyat, pengantin tu duduk atas bantal macam raja. Aku jarang tengok majlis
    macam nih. Jadi masa bersila tu, aku pun mengesot sikit2 untuk dengar apa yang
    tok kadi akan tanya. Rupanya macam2 jugak tok kadi tanya. Tapi ada satu
    soalan yang menyebabkan aku malu besar?..

    Tok kadi tanya pasal satu hari berapa kali kene sembahyang, dengan
    lajunye mamat pengantin tu jawab "lima". Tok kadi tanya lagi, bagi contoh2
    najis kecil, dia pun jawap kencing baby yang kecik2 lagi. Tok kadi pun
    angguk ler, jadi aku rasa jawapan tu ok la kut. Tok kadi tanya lagi contoh
    najis besar, mamat tu mula dah panik, jeling kiri, jeling kanan, mula
    tengok syiling, aku rasa macam nak tolong je mamat pengantin tu?bukannye
    susah, jawapannya anjing ngan babi je,..tapi mamat tu dah mula berpeluh
    jantan keluar kat dahi.tok kadi mula senyum.. Aku sebut dalam hati moga2 dia
    dengar 'anjing ngan babi la hoi', tapi rupanya aku cakap dalam hati
    dia tak dengar.
    Aku tak tahu apa yang jadi selepas itu, kerana majlis tu jadi
    kecoh kerana ramai orang yang berada disekeliling majlis tu sambil minum
    air sirap, tersembur keluar minuman tu terkena baju ramai orang, aku pun
    sama, masa tu aku tengah minum sirap tu, tiba2
    aku semburkan balik, dah kene member kat tepi2, kecoh jadinya, aku
    pegang mata aku, penuh dengan air mata. Yang aku ingat masa tok kadi tanya
    tentang contoh najis besar kat pengantin tu keadaan senyap sunyi...tapi bila
    pengantin tu jawap "Taik Gajah" suasana jadik hingar bingar dengan
    gelak ketawa orang yang dah tak boleh tahan, nak control macamana ? taik gajah? besar betul..!!!!

    0 comments:

    Post a Comment