• Home
  • Malam Jumaat

    Tuesday
    Malam itu malam Jumaat. Pak Pandir ingin beristirahat awal bersama Mak Andih, dia fikir dia akan dapat banyak ganjaran jika berbuat begini. Ganjaran paling nyata ialah hakikat dia kini sudah mempunyai lapan orang anak: empat daripada mereka masih kecil lagi. Yang bongsu masih lagi menyusu

    "Malam ini kita tidur awal. Malam jumaat" kata Pak Pandir pada Mak Andih, isterinnya yang sedang menyusu anak bongsu mereka

    " Tak boleh bang. Sebab anak anak kita masih belum tidur, nanti saya tidur kan mereka dulu"
    " Baiklah awak uruskan mereka. Abang akan ke bilik sebelah membaca Al-quran" balas Pak Pandir, sambil ke bilik air mengambil wudhuk, setelah mendapat kan songkok. Kitab al-quran dan meminum seteguk air sejuk Pak Pandir bersedia untuk memulakan kerja ibadahnya?

    "BISMILLAHHIRROHMANNIRROHIM"

    " Bang anak? Anak dah tidur" Terkejut Pak Pandir mendengar suara Mak Andih yang membawa khabar baik kepadannya dalam jangkamasa yang begitu singkat

    " SODAQALLAHULAZEEM "
    Tu lah dahsyat nya malam Jumaat.....

    0 comments:

    Post a Comment