• Home
  • Cerita Sedih

    Monday

    Kisah ini berlaku kat Ampang...

    Kawan aku ni seorang salesman kereta, bercinta dgn seorang anak
    jutawan di
    Area Bukit Antarabangsa. Malangnya, percintaan ini ditolak kerana
    kawan
    aku ini seorang salesman kereta.

    Satu malam, mereka bercadang utk melarikan diri. Selepas berjaya
    melarikan
    diri, bapak perempuan ini sedar akan kehilangan anak perempuan
    kesayangan
    dan telah membuat laporan polis dan juga telah membuat iklan di akhbar
    tempatan dgn mengatakan dia akan menerima teman lelakinya itu jika dia
    balik ke rumah.

    Bila mendengar berita ini, perempuan itu balik ke rumahnya di bukit
    antarabangsa dan keluarga pihak permpuan itu pun menerima lelaki ini
    dengan seadanya.

    Enam bulan kemudian, mereka bercadang utk berkahwin dan persiapan utk
    majis perkahwinan itu sedang disediakan. Nak dijadikkan cerita, Semasa
    Lelaki ini pergi membeli Kentaki kat Ampang Point, dia kena langgar
    kereta
    di hadapan perempuan tersebut dan keesokan harinya lelaki itu pun
    dikebumikan. Kejadian ini amatlah meyedihkan perempuan tersebut kerana
    tinggal beberapa hari sahaja lagi perempuan itu hendak berkahwin dgn
    lelaki
    kesayangannya.

    Pada satu malam, ibu perempuan ini mendapat mimpi, Seorang nenek tua
    meminta utk membersihkan percikan darah di baju pengantin perempuan
    itu,
    kalau tidak, sesuatu yang akan buruk akan berlaku. Tapi, ibu perempuan
    tersebut tidak mengendahkannya.

    Malam berikutnya, Ayah perempuan tersebut pula menerima mimpi yang
    sama
    iaitu seorang nenek tua meminta utk membersihkan percikan darah di
    baju
    pengantin perempuan itu, kalau tidak, sesuatu yang akan buruk akan
    berlaku. akan tetapi, ayah perempuan tersebut jugak tidak
    megendahkannya.


    Malam ke tiga, -perempuan itu pula menerima mimpi yang sama seperti
    ayah
    dan ibunya dan diceritakan mimpi tersebut kepada kedua ibu dan
    ayahnya.

    Dalam ketakutan yang amat sangat, diap un pergi membasuh baju itu dan
    macam mana kuat dia basuh pun, darah tetap ada...

    Malam keempat, dia mendapat mimpi yang serupa.. Seorang nenek tua
    menyuruh
    dia membasuh darah itu bersih2 dan jika tidak, malangakan
    menantinya..Bia
    bangun, perempuan itu pun terus menyental baju tersebut sehingga kain
    tersebut menjadi haus, akan tetapi, darah itu tetap adaa...

    Keesokan harinya, perempuan itu terkejut apa bla pintu belakang
    rumahnya
    di ketuk bertalu2 dan munculah nenek tua tersebut dan perempuan itu
    pun
    pengsan..

    Setelah terbangun dari pengsan, lalu nenek tua itu pun menguhurkan
    benda
    yang berwarna biru........... Perempuan itu bertanya kepada nenek tua
    itu
    "apa ini...?"

    Ni lah Sabun Basuh Dynamo, letak kan sedikit dan kotoran akan hilang..
    err..yg ni adalah pakej percubaan aja, kalau nak yang besar, beli kat
    kedai.....

    hehehehhhhehehehh......

    jgn marah ek....(^_^)



    0 comments:

    Post a Comment